WELCOME TO BLOG MAK BAPAK KAU HIJAU :)

Monday 30 November 2015

selesai shoot untuk final project

well. kitorang dah selesai shoot untuk video unya final project termasuklah assignment video yang kedua. ALHAMDULILAH.. semuanya berjalan dengan lancar. thanks to ahli group yang sangat bekerjasama and pelakon yang banyak membantu. thank you all :)

Sunday 29 November 2015

Al-Fatihah Yussry Bin Eddo @ Yus Jambu

ASSALAMUALAIKUM 
first if all, marilah kita sama-sama bacakan Al-Fatihah untuk saudara Islam kita Yussry Bin Eddo atau dikenali sebagai Yus Jambu. Al-Fatihah...
terkejut aku semalam bila tengok ada orang post pasal kematian beliau. memang tak jangka langsung sebab sebelum ni dia sihat sajaa. arwah dipercayai meninggal akibat sesak nafas dan menghembuskan nafas terakhit di Hospital Selayang malam tadi.

Yussry bin Eddo atau dikenali sebagai Yus Jambu merupakan anak jati negeri Perlis. arwah merupakan johan Raja Lawak musim yang pertama. sangat terkenal dengan lawak jenaka yang spontan tapi kelakar. pemergian arwah mendatangkan impak yang sangat besar kepada rakyat Malaysia tambahan lagi penduduk negeri Perlis. yang lagi terkejut tuu umur arwah baru 39 tahun. ajal memang tak kira usia.

yang kat atas tuu gambar Tauke Jambu. kawan baik arwah. 
pemergian arwah sangat memberi kesan kepada rakan baiknya itu. takziah buat keluarga arwah. 
semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah

things you can do with your smartphone camera !

ASSALAMUALAIKUM
hai guys ! disebabkan video punya assignment ada lagi satu, so group aku buat video pasal benda yang kita boleh buat dengan smartphone punya camera ! interesting kan? ini idea ahli group aku yang sangat cerdik pandai. wah! wah!

CARA YANG PERTAMA
guna sunglasses sajaa. letakkan sunglasses tu belakang camera phone kita then snap! 

so inilah hasilnya! cantik kan? kalau nak tangkap full pon boleh. yang ni aku buat sekerat so nampak berseni sikit. HAHA


CARA YANG KEDUA
ini orang panggil pinhole. buat lubang atas kertas keras macam kat atas tuu. cara yang sama jugak. letak kat belakang camera phone kita lepastu tangkap gambar.

taraaaa!! inilah hasilnya. tak payah guna filter.


CARA YANG KETIGA
ini ala2 nak tangkap gambar 3D la kononnya. cara mudah. potong kertas keras ikut bentuk kat atas tuu. bila nak tangkap gambar, pastikan frame ni dimasukkan sikit ke dalam objek. bagi objek tuu terjuntai keluar sikit.

haaa nampak macam 3D kannn?


CARA YANG KEEMPAT
yang ni korang tangkap laa gambar mata kucing ke, mulut beruang ke, mulut patung dan sebagainya. lepas tuu korang gantikan bahagian muka korang dengan gambar tersebut. macam gambar kat bawah nii

nampak real takk ? haha

3 hours drawing :)

ASSALAMUALAIKUM :)
baru sempat nak update blog. maklumlah sibuk dengan final project kan?
well baru2 ni kitorang ditugaskan oleh MR. M untuk siapkan lukisan dalam 3 jam !
KEJAM KAN?
terpaksalah sebab dia suruh kan? well kitorang kena pilih sorang model, lepas tuu suruh dia post, then kitorang kena lukis laa. dalam board size A1 pulak tuu. memang besar laa cerita dia.
disebabkan model yang aku pilih ni budak kelas aku sendiri, apa lagiii. memang aku suruh dia post yang mudah2 laa. senang sikit nak lukis. wakakakaka

seperti biasa sebelum lukis MR.M akan beri penerangan tentang tugas hari ni. yang sebelah dia tuu model yang kitorang kena lukis.

dekat sejam aku lukis, baru ni yang siap. adoii memang cabaran betul laa melukis nii. ada yang kena padam pulak tuu. nasib laa MR.M cakap ukisan aku boleh diterima walaupun buruk. memang kejam

haha. masa dah nak habis. kelihatan rupa model tuu ada kan? bolehlah kalau setakat nak lulus. habis charcoal aku guna untuk siapkan lukisan nii

bila orang tengok kita text sambil senyum-senyum mesti orang tuduh kita tengah sweet-sweet dengan kesayangan kan? ehh kawan-kawan aku ada yang lawak gila babi kott. macam diorang nii :P

bukan kawan baik namanya kalau tak tolong siapkan kita punya lukisan kan? haha
aku tak pandai lukis muka so Mirza yang tolong lukiskan untuk aku. sorry dia memang bajet rajin kalau depan camera

finally, siap jugak lukisan aku. tepat 2.15pm MR.M nak kitorang submit lukisan ni. nasib baik sempat siap!

lukisan GENG PERABIS DUIT. haha
ok done untuk post kali ni. sila tinggalkan komen anda :)
thank you








Tuesday 17 November 2015

Demam Bermula

Assalamualaikum.. 
hello and good morning. agak awal post blog hari nii. HAHA
well semua final project dah dapat. lengkap semuanya. AUDIO, VIDEO, STORYBOARD, ACTING dan tak terkecuali FIGURE DESIGN !
so bermulalah tak tidoq malam dan sebagainya. wish me luck guys.. and I wish all students BCAD selamat berproject lah yerr. :)

Monday 16 November 2015

FINAL PROJECT BRUHHH

ASSALAMUALAIKUM :)
hai semua. so minggu ni dah start busy dengan final project. budak animation kan. semua tuu dah biasa dahh
so minggu ni busy sikiy dengan video punya final project. kitorang kena hasilkan movie pendek yang menghiburkan untuk totonan semua. haha
so cerita kitorang pasal romantik gituu. biasalah remaja sekarang kalau single tak rock lahh kann :P
kitorang first shoot dekat sentul timur. dekat dengan rumah ahli group kitorang si Shakir tuu. 
janji pukul 1 tapi faham2 lah perempuan bersiap kan? nasib tak kena marah dengan director. so ALHAMDULILAH 
semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. tapi belum habis lagi tauuu. banyak lagi shoot nak kena ambil. pelakon pun nak kena tunggu diorang free baru boleh shoot. itu saja untuk hari nii. do comment yaa sayang sekalian. muuahhh setempek !

tengok lah muka cameraman yang serius benauuu. haha
itu pelakon utama movie kitorang. hensem kann .muehehe

antara shoot yang terdappat dalam movie tuu. pelakon perempuan tuu macam tahu jer orang nak tangkap gambar dia..
sambil2 tuu bergambar macam orang gila kejap. haha susah woi nak dapat shoot nii
antara kru2 yang terlibat hari tuu. thanks to all :)



Saturday 7 November 2015

SCARY MOMENT


ASSALAMUALAIKUM semua
agak lewat post kan? huhuhu
sebenarnya malam ni agak menakutkan bagi aku.. so cerita dia macam nii
haa depan hostel aku ni sebenarnya ada orang tengah bina bangunan tauu. so kren besar2 tuu memang ada laa
nak dijadikan cerita, kren tuu besar gilaaa. duduk betul2 depan tingkap bilik aku nii. bila buka jer tingkap memang nampak dia jerr
tadi aku tengah lepak dalam bilik tauu, tiba2 dengar orang menjerit. kuat gilaaa
aku dengan roommates yang lain terus lari menuju ke tingkap sebab dengar dari luar
rupanya kren tu tengah angkat besi2 yang boleh tahan laa besar dia. waktu dia tengah angkat nak letak kat tingkat 6 bangunan yang tengah nak siapkan tuu, besi tuu semua jatuh. memang kuat gila laa bunyi dia. ingat kot takda yang cedera. rupanya ada sorang pekerja dia tang kena hempap. sebab aku nampak diorang angkat lelaki tuu. dia tak boleh jalan. OH MY GOD !!
memang scary gila. tapi nasib baik laa time tuu takda student yang jalan kat situ. kalau tak taktau laa apa jadi. sebab tempat yang jadi tuu memang tepi jalan. tempat teksi turunkan student yang nak balik hostel.. perghhh
ALHAMDULILAH laa takda kehilangan nyawa. itu saja guys. have a good night

Thursday 5 November 2015

WUJUD ATAU TIDAK ?


ASSALAMUALAIKUM :)
hai you all, so ni la dia project kitorang untuk figure design 
MYTHICAL CREATURES 
wujud atau tidak ? nama pun dogeng kan.. tak sapa tau betul2 ada atau tidak
so aku pilih duyung maybe.. sebab minat sangat cerita pasal duyung nii. dengar cerita dulu2 duyung ni memang lawa kann? so tunggu lah hasilnya nanti yaa. thank you :)

Wednesday 4 November 2015

FUTSAL FAMILY


ASSALAMUALAIKUM:)
today kita cerita sikit pasal team futsal kita ni. haa
aku join team ni tahun lepas. mula2 tuu agak malu jugak laa kan sebab diorang ni memang pro kott
tapi diorang ni sebenarnya friendly sangat. macam2 diorang ajar aku pasal futsal sampailah sekarang. actually aku agak takut nak start main semula lepas aku patah kaki dulu tuu. patah jari pun pernah kes main futsal ni lahh
tap dah minat kannn.. nak buat macam mana. first tuu aku fikir banyak kali jugak laa nak join ke tak. last2 aku decide nak join jer dulu. tak dapat p tournament pun takpaa. last2 memang terpilih pi tournament. 
ALHAMDULILAH..
dan tahun pertama aku join, team kami tempt ketiga. syukur dapat jugak pingat. haha
so pesanan aku kat orang luar disana tuu, jangan takut untuk cuba benda baru, benda yang kita minat. sebab kalau ada minat, macam2 boleh jadi. so jangan takut. jangan sesekali takut. peluang tak datang banyak kali. sekali jerr. so, do comment my post. BYE :P