WELCOME TO BLOG MAK BAPAK KAU HIJAU :)

Saturday 7 November 2015

SCARY MOMENT


ASSALAMUALAIKUM semua
agak lewat post kan? huhuhu
sebenarnya malam ni agak menakutkan bagi aku.. so cerita dia macam nii
haa depan hostel aku ni sebenarnya ada orang tengah bina bangunan tauu. so kren besar2 tuu memang ada laa
nak dijadikan cerita, kren tuu besar gilaaa. duduk betul2 depan tingkap bilik aku nii. bila buka jer tingkap memang nampak dia jerr
tadi aku tengah lepak dalam bilik tauu, tiba2 dengar orang menjerit. kuat gilaaa
aku dengan roommates yang lain terus lari menuju ke tingkap sebab dengar dari luar
rupanya kren tu tengah angkat besi2 yang boleh tahan laa besar dia. waktu dia tengah angkat nak letak kat tingkat 6 bangunan yang tengah nak siapkan tuu, besi tuu semua jatuh. memang kuat gila laa bunyi dia. ingat kot takda yang cedera. rupanya ada sorang pekerja dia tang kena hempap. sebab aku nampak diorang angkat lelaki tuu. dia tak boleh jalan. OH MY GOD !!
memang scary gila. tapi nasib baik laa time tuu takda student yang jalan kat situ. kalau tak taktau laa apa jadi. sebab tempat yang jadi tuu memang tepi jalan. tempat teksi turunkan student yang nak balik hostel.. perghhh
ALHAMDULILAH laa takda kehilangan nyawa. itu saja guys. have a good night

No comments:

Post a Comment