WELCOME TO BLOG MAK BAPAK KAU HIJAU :)

Monday 28 December 2015

GENG PERABIS DUIT

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)
alhamdulilah semua project dah siap present, then bermulalah cuti semester ketiga 
so untuk cuti kali ni kitorang dah plan nak pergi LOST WORLD OF TAMBUN. yeayyyy!
tempat menginap disediakan .jengjengjeng
so kitorang tidur kat rumah Mirza lah. sebab dekat dengan degan rumah dia kan?
pagi sabtu 26/12/2015 tuu maisng2 bangun awal. sebab nak siapkan bekal sama2. alolo so sweet. so dalam pukul 10 kitorang keluar dari rumah. Wafi selaku driver and Shakir jadi co pilot. haha
dalam pukul 11 kitorang sampaii. perghhh memang ramai babe. sampai kitorang kena parking jauh laa
pusing mai pusing pi nasib jumpa parking. then kitorang beratur beli tiket. kalau betul2 beratut memang malam lah beli tiketnya. so terpaksa lah potong line. so kalau nak masuk ni harga tiket dia mahal sikit RM 56 seorang. tapi kalau ada kad siswa tuu dapat lah sorang RM 50.40
bila dah masuk dalam tu, orang memang macam semut. sebab time cuti sekolah kan.. kitorang pon start lah main apa yang ada kat dalam tuu. nak tau apa yang best? gelongsor dia babe, perghhh!menjerit2 aku naik. tapi tuu pun jangan. berkali-kali jugak aku beratur :)

waktu ni tengah tunggu kawan2 aku dari Perlis. lama kott. tak sampai2. haishhh

aku taktau apa yang shakir tu tengah buat. haha
ramai kan manusia. grrr

posing lagiii. posing lagiii

haha. orang lain nengok jer bebudak ni terlompat-lompat

shakir tutup muka aku :( 

jauh dia mai jumpa aku. terima kasih daun keladi yaa <3

nindiaaa abang2 hensem. limited edition ni. HAHA

so itu saja untuk kali ni. nanti kita tulis lagi yaa
next vacation? rahsia laaa
thanks :)

Sunday 20 December 2015

tips nak lulus gaissss

ASSALAMUALAIKUM
well maka dengan ini esok akan bermulanya final presentation untuk subjek FIGURE DESIGN
harap2 semuanya bakal berjalan dengan lancar inshallah :)
so antara tips yang Mr.M bagi kalau nak lulus ialah


1. tidur yang cukup
2. bangun gosok gigi
3. pakai pakaian yang smart2 , cantik2 . 
4. bawak semua kerja Mr M untuk sem ni , jangan campur sem lepas punya.
5. kena lukis demonstration , 5 markah
6. presentation semua total 10%

GOOD LUCK GUYS ,WISH YOU ALL THE BEST !

akhirnyaaa

akhirnyaaa. siap jugak potret aku yang kedua nii
alhamdulilah :)

Saturday 19 December 2015

sebab terpaksa

ASSALAMUALAIKUM 
hai gaissss. so entry kali ni pasal potret aku yang belum siap. haha
tapi yang ni senang sikit daripada yg first hari tuu. agaknya lahh
esok dah nak start present so memang kelam kabut lahh kan
dengan nak packing barang lagi. maklumlah cuti awal, haha
btw hope you alls dapat buat yang terbaik esok yaaa
GOOD LUCK BCAD STUDENT :)

So ni lah gambar potret tuu. banyak lagi oihhh
nak kena shading bagaiii. btw i had fun buat ni semua
wakakaka
have a great weekend !

bersengkang mata siapkan lukisan

ASSALAMUALIKUM
alhamdulilah siap jugak 50 lukisan yang dalam sketch book tuu
so sekarang boleh mula yg final tuu
memang tidur 4 pagi semalam siapkan 50 lukisan nii. MR,M memang teruk lahhh !

memang suka pun lukis orang terkinja-kinja macam nii
alahai saboorrrrr jelahhh

buang duit oii

ASSALAMUALAIKUM
hai semua. sibuk melukis lah tu. haha 
so hari ni aku pun sama lah tengah siapkan final punya lukisan tapi aku punya warna dah habis
so terpaksa lah keluar sekejap nak beli barang kan?
aku pun pergi lah satu kedai kat BANGSAR VILLAGE nii. mak aiii dia punya kedai memang besar gilaa. tak puas rasa pusing dalam tuu
macam TV9 . MACAM-MACAM ADA
haha iklan pulak. so sebenarnya aku cai arcelic (salah ejaan maaf yee)
macam2 jenis ada. rambang mata tengok. tapi macam2 harga lahh. kalau yg bagus tuu memang mahal lahh. berus pun ada yang sampai RM 100!!
perghhh memang gempakk

 so dalam banyak2 yang ni aku pilih
sebab paling murah. haha
janji boleh guna sudahhhhh

Friday 18 December 2015

sedih wehhhh

ASSALAMUALAIKUM 
gaisssss..
tau tak benda apa paling sedih bagi aku?
semua orang dah boleh balik kampung cuti study week tapi aku tak boleh balik lagi..
nak tau sebab apa? Mr.M punya presentation lahhh !!
buat time study week. gila bapak sedihhhh
kena pulak nama aku present hari selasa. lagilah kena tungguuuu
btw I wish semua budak yang bakal present figure design minggu depan semoga berjaya lah hendaknyaaa
wish me luck too :)

Wednesday 16 December 2015

final project audio

ASSALAMUALIKUM
hai guys, sekarang mesti tengah sibuk dengan final kan ?
walaupun takda paper, kitorang punya project amatlah memeningkan kepala
so kali ni nak story pasal AUDIO punya final project
kitorang kena buat voice over. madam bagi lebih kurang 4 @ 5 pilihan video tanpa sound then kitorang kena reka sound sendiri lahh. nampak macam senang kan? nasib lahh satu group 2 orang. kalau individu mau tercabut otak aku. HAHA

ni budak yg satu group dengan akuu. nampak tak mata lebam tak cukup tidoo. 
budak animation kan? macam nii laaa

ni lah tugas kitorang. makan masa jugak laa buat benda alah nii. adoiii

selesai sudah kelas acting :)

ALHAMDULILAH
selesai sudah presentation final project untuk acting
lega rasa di hati. tinggal figure design saja yg belum selesai

muka2 lega sebab dah selesai present. gerunn tengok muka akuuuu

itulah lecturer kitorang untuk subjek acting. Mr. Zaki
memang sporting gilaa sir nii. thank you sir untuk segala tunjuk ajar
we love you sir

selfie ramai2 pulakk. ramai peminat sebenarnya sir niii

adehhh. malu siottt
diberi peluang duet dengan sir atas pentas. lagu dangdut pulak tuuu
'jangan pikirin abang'

dah habis kan so bergambar ramai2 lahhh kita
btw nak ucap  HAPPY BIRTHDAY untuk TIRA ANAK DOL yang ke-21
semoga panjang umur, murah rezeki yaaa
aku tauu pasal prank tuu sebenarnya. wakaka
may GOD bless you. thanks all sebab jadi team yang sangat sportingggggg
happy holidayyyyy

before acting presentation

ASSALAMUALAIKUM 
dup dap dup dap jantung nii woii
sebelum nak present final acting memang gerun lahh rasaaa
takot lupa skrip, takot tergagap atas stage. apa2 punnn tawakal jelahhh

muka masing2 sebelum present. apa2 pun selfie duluuuuu

comey jerr budak belakang tuu. dengan rambut belah tengah, bunga besar kat kepala. haha

pelakon watak Hassan dalam Menantu ohh Menantuu
well aku dapat watak Geisha kann. nasib laaa. make up macam pelangi pon adaa
btw thanks juru makeup. haha

my mythical creatures :)

ASSALAMUALAIKUM 
so inilah hasil gabungan tiga makhluk tu yaaa

lukisan 1

lukisan 2

lukisan 3

lukisan 4

Mr.M pilih lukisan yang ketiga tuuu
sebab dia nak sayap dok bawah lengan. macam kelawar betul laa
so lukisan pun dah approved.
aku kena siapkan 2 lukisan dalam saiz A2
dah akan di present 21/22 haribulan nanti
wish me luck guys :)

my figure project

ASSALAMUALAIKUM
hai kalian. semakin hampir final presentation untuk figure ni. takottt
dah laa kena present time study week. adoyaiii
so aku nak tunjuk sikit project yang aku nak buat ni. aku pilih untuk gabungkan ikan, manusia dengan kelawar. so dia akan jadi macam duyung yang ada sayap laa. haishh taktau laa nak jadi macam mana. haha



so aku pilih watak perempuan. aku kena lukis 5 pose perempuan laa. maaf laa ada gambar yang patut kena censored. hahalukisan tak lawaaa. sobs
waktu first hantar kat sir, aku kena redo kott. sir memang cerewet arrrrr
tapi at the end dia cop jugak
moshi moshi sir. muahhh ciked! 

I LOVE MY JOB

ASSALAMUALAIKUM
hai semua. so untuk post kali ni aku nak story sikit pasal potret yang aku lukis
memang sudah gila nak siapkan benda ni. maklumlah Mr.M bagi gambar saiz A4, tapi nak suruh kami lukis saiz A2. pergghhhhh memang rumit lah cerita dia..

so inilah hasilnyaaa. boleh lahh kannn

Tuesday 15 December 2015

who's next ?


so who is next? nantikan jawapannya kelak :)

Mata Masuk Habukk

ASSALAMUALAIKUM 
actually baru-baru ni aku balik Perlis. sebab kawan aku nak langsungkan perkahwinan dia. dia ni kawan aku dari kecik lagi. zaman kanak-kanak dulu dengan dia lah. tak sangka dia yang kawin dulu dalam ramai-ramai kawan yang lain. nak taknak memang aku kena balik jugak laa jawabnya. 
ALHAMDULILAH dengan sekali lafaz dia sah jadi isteri orang, well memang sebak lah kan bila tengok kawan kita yang membesar sekali tup2 dah kawin. 

haa yang atas tuu pasangan pengantin nyaaa. kawan aku yang perempuan tuu. memang tinggi pun macam galah :P


disebabkan dalam ramai-ramai dia yang kawin dulu, maka dengan itu kami lah yang kena jadi pengapit dia. yg beratur tuu semua anak2 dara lagi ehh

well for my beloved friend, semoga menjalani alam berumah tangga dengan bahagia sekali. aku happy bila tengok hang happy. semoga cepat dapat baby. tak sabaq nak jadi makcik niii :)

THANK YOU
MATA MASUK HABUK DAH

my poster

ASSALAMUALAIKUM
alhamdulilah.. selesai beberapa final project untuk semester kali nii
so hari ni aku nak cerita pasal poster untuk teater kumpulan aku. aku buat sendiri tauu. sebelum ni tak pandai. haha
nama pun cerita hantu kan, mesti laa poster dia pun seram2 sejukk


Tuesday 1 December 2015

theater in a week !

ASSALAMUALAIKUM :)
bertemankan lagu hindustan malam ni dengan wifi hostel yang sangat-sangat teruk naik bengang aku. grrr
nak kena update blog sebab orang lain dah upload banyak dah. huhu
well nak cerita pasal teater yang bakal berlangsung dalam masa satu minggu sahaja lagi. jemputlah datang yer. haha
untuk semester kali nii kitorang ada 4 group. aku group yang ketiga akan buat persembahan. nasib tak kena awal2. legaa
pasal teater kitorang pilih tajuk 'The Coin'. pandai director pilih tajuk kan?
dan watak-watak yang terdapat dalam kumpulan kitorang adalah watak 'YOKAI'
yokai ni sebenarnya watak-watak hantu JEPUN. jepun kan pelik2 so watak kitorang pon pelik2 lah. minggu ni kena siapkan prop yang nak guna atas pentas dan itulah kerja kitorang sampai malam. nasiblah dapat ahli group yang rajin belaka. 

haa bajet rajin jaa kan budak nii. yang aku tengah buat tu batu. janji ada rupa batu sudah lah. memang penuh tangan dengan cat hari ni.

smile to the camera :)
btw nantikanlah kitorang dalam teater 'The Coin' yaa
thank you ^^