WELCOME TO BLOG MAK BAPAK KAU HIJAU :)

Wednesday 31 May 2017

Anak Perantau Berpuasa

Assalamualaikum 😊

tengok tajuk pun dah sedih kan? well tahun ni first time berpuasa di negeri orang, tak dapat nak berpuasa dengan family 😔 sedih yaa memang sedih. sebelum ni aku laa yg tolong mama beli makanan, tolong masak kat dapur, masak makanan untuk sahur sama-sama. maklumlah anak perempuan sorang jer kan? so memang kami berdua lah yg bertungkus lumus siapkan juadah untuk ahli keluarga yg lain.
tapi tahun ni aku terpaksa sambut jauh dari keluarga sebab cuti semester start lepas raya. so pengalaman yg baru jugak untuk aku sebenarnya sebab tinggal dua semester je lagi nak habiskan study. 
dan memandangkan kali ni aku busy dengan Final Year Project aku jugak, aku hanya dapat balik beraya jer nanti. well doakan FYP aku tu berjalan lancar guys. lepas jer present nanti aku rasa macam lepas satu beban yg dok pikul selama 6 bulan ni. memang takut weyh kalau tak lepas. maklumlah kos animation ni susah sikit. semua benda kita kena buat sendiri. bukan main copy paste jer. lepastu pulak bidang animasi ni selalunya dikritik oleh orang2 seni. otak diorang ni lain macam sikit. soalan bodoh pun boleh buat kita fail 😥
benda yg aku paling takut sekali nak cari tiket bas nanti. hahaha kalau tak jumpa merana lah aku raya kat sini sorang2. kadang aku terpikir jugak, macam mana lah kan nak perantau yg dok luar negara tu? mesti diorang lagi sedih kan? ye lah, jgn kata nak sambut puasa, balik raya pun tak boleh. aku yg tak dapat balik puasa pun menangis. inikan pulak diorang tu. 
okay lah sikit ja coretan malam-malam ni. have a good night semua 💕

No comments:

Post a Comment