WELCOME TO BLOG MAK BAPAK KAU HIJAU :)

Friday, 11 August 2017

Bermula hanya kenalan WeChat

Assalamualaukum. hai semua. 

rasa nak tulis panjang-panjang pulak harini. acah free padahal ada jer kerja nak kena siapkan. okay btw skrg dila dah masuk semester 7 means semester akhir laa dekat unikl ni. sedihnya nak habis kan? lepas ni nak jumpa kawan2 dah jauh dah. sobsπŸ˜”

okay bukan nak cerita tu sebenarnya hehe. malam ni nak cerita sikit pasal 'love life' dila. jangan muntah tau sebab bukan romantik pun. haha

okay, dila sebenarnya kenal dia sebelum kami rapat lagi. tapi tahu nama jer tak pernah sembang pun. ayah dia ada buka kedai makan kat depan taman dila so mmg selalu lah pergi tapi tak selalu nampak dia kat kedai tu. dila rapat jugak lah dgn ayah dan arwah mak dia masa tu. kitorang sebaya, first dila jumpa dia tu dia datang bagi bungkusan nasik goreng yg dila pesan. bapak ahh sombong gila mamat ni. haha dia dtg bagi tu senyum pun tak. lantaklah dila pun buat bodoh then balik.
and waktu umur dila 18, dila dapat tahu mak dia meninggal, sakit buah pinggang. lama jugak kedai tu tutup. lepastu tak pernah nampak dia dah kat kedai. sampailah satu hari ni, dia request friend kat WeChat. haha dak2 wicet tume tuu. dila pun sb kenal kan, accept jelaa.

dia cakap kenal dila la apa semua time tu masing2 umur 19. dila study form 6 and dia kat kolej komuniti. first date seminggu lepas chat2 apa semua tu kot. (haha malunya) time first date tu dila just pakai t-shirt dgn seluar track je. saja nak test dia ni pandang rupa tak. dia buat tak tahu ja babe. bawak jalan masuk pekan lagi haa. aduhh dah la aku pakai cikai jer πŸ˜“




 ni rasa gambar 2015 sebab dia dah mula simpan jambang πŸ˜„

lepas dari tu kitorang pun makin rapat tapi dila ni waktu tu nakal sikit. time tu mmg dila ramai kawan laki and dila tak anggap pun nak serius dgn dia. mmg dia banyak nangis time tu sbb dila selalu kantoi. biasalah umur budak lagi kan? and lama lepas tu bila tgk effort dia, and dia langsung tak ungkit masa lalu dilabanyak nasihat dila pasal family apa semua. i know that he is the one. cara dia layan family dila, cara dia layan mama dila macam mak dia sendiri. πŸ’•

Ogos 2014,kitorang terpaksa berjauhan. dila dapat sambung study kat kl. dia dapat kat perlis. dia ikut family dila datang hantar dila kat sini. masa datang ok jer tapi bila nak balik, dia boleh nangis πŸ˜…jenuh pulak dia pujuk dia time tu. dia cakap, lepas ni dah takdak sapa nak teman dia, nak jaga dia kat sana. Allah, time tu dila pun sebak. but all went well. lepas tu kita dah biasa duduk jauh2. yg penting jaga hati, jaga mata, setia.✌kalau nak curang, duduk dekat pun boleh curang.

tipu lah kalau dila cakap kami ni bahagia jer memanjang. ada jugak gaduh2 semua tu tapi dua2 kena pandai selesai lah masalah sama2. and apa yg dila nampak pada dia, dia sangat care tentang org yg dia sayang. lagi2 family dia. and cara dia sweet tu lain drpd org. dila pun bukan jenis perempuan yg mintak beli itu ini, bawak p tempat sweet2 kaa macam Paris tu. haha hg bawak aku p pasar malam pun cukup lahhh.

ni latest punya gambar kot. ramai cakap dah macam adik abang πŸ˜†

so rasanya setakat itu saja kot. cuma nak cakap apa yg penting, hargailah orang yg ada di sekeliling kita sbb org2 yg macam ni lah yg sebenarnya sygkan kita. untuk awak tuu, tahun ni dah masuk tahun yg ke 5, semoga urusan kita berdua untuk mendirikan masjid di masa akan datang dipermudahkan oleh Allah S.W.T, insyAllah πŸ’—


8 comments:

  1. semoga berkekalan sampai akhir hayat

    ReplyDelete
  2. semoga berkekalan ke jinjang pelamin hehe

    helloaiman

    ReplyDelete
  3. All the best to the two of you - take of each other ya. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa insyAllah :)
      terima kasih doakan dila yaa

      Delete
  4. hee~ tak de masalah pun kenal kat mana kan.. yang penting pandai jaga diri dan relationship.. kakak pun kena suami kat media massa.. alhamdulillah.. tahun ni anniversary ke - 8..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan? wahh kalau dah jodoh mmg tak ke mana. happy anniversary kak :)

      Delete